This blog is best viewed using Mozilla Firefox. Hold down Ctrl++ to zoom in and Ctrl-- to zoom out.
_________________________________________________________________________

Weeee..dapat hadiah buku! ^_^

Wednesday, December 23, 2009

Kenapa sekejam ini?

Hari ini, dalam Utusan dipaparkan berita pemenuan mayat seorang kanak-kanak perempuan di kolam tadahan banjir di Lorong Gurney. Mayat kanak-kanak perempuan ini dijumpai dalam keadaan separuh bogel, dengan hanya memakai baju tidur tanpa seluar dan seluar dalam, dengan kesan jerutan di leher. Polis mengesahkan kanak-kanak malang ini dijerut, dirogal, dan dihumban ke dalam kolam tersebut. [Baca lanjut di sini]

2 perkara terlintas di kepala. Pertama, kejam!! Kedua, arwah Nurin Jazlin.

Fidofilia

Memang kejam. Semua ini adalah angkara si bedebah fidofil di luar sana. Fidofilia adalah golongan yang mempunyai nafsu seksual yang tinggi terhadap kanak-kanak yang berusia bawah 13 tahun.Seorang Fidofilia hanya akan mendapat kepuasan seks melalui interaksi seksual dengan kanak-kanak. Ini adalah kelakuan seks di luar tabii' atau paraphilia.

Siapa mangsa mereka? Kanak-kanak lelaki atau perempuan, tetapi perempuan lebih berisiko tinggi.

Siapakah fidofilia? Mereka mungkin orang asing, iaitu seseorang yang rapat dengan kanak-kanak itu atau dipercayai oleh ibu bapa.

Bagaimanapun punca sebenar masih belum diketahui, tetapi dipercayai pengalaman semasa kecil adalah penyebab utama kepada jenayah ini, yakni penjenayah pernah menjadi mangsa jenayah. Mungkin penjenayah fidolia ini menganggapnya sebagai payback.


Rentetan Mangsa Fidofilia 






23 Oktober 2000 - Nor Shuhada Borak, 6 tahun, ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.

13 Ogos 2001 - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong.

6 November 2002 - Kanak-kanak berusia dua tahun, Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain
lebih 40 kesan luka pada badan dan perdarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

8 Januari 2004 - Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah.

17 Januari 2004- Kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani dirogol, diliwat sebelum dibunuh di stesen pencawang TNB Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor.

17 September 2007 - Mayat kanak-kanak ditemui dalam beg di Petaling Jaya sebelum disahkan Nurin Jazlin Jazimin, 7 tahun, yang dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar dari rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju untuk ke pasar malam. Bedah siasat menunjukkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu mengalami penderaan seksual yang menjadi punca kematiannya.


Hari ini? Esok? Minggu depan? pasti banyak lagi akan menjadi mangsa..


Doa Siti Sarah



Siti Sarah, iaitu isteri Nabi Ibrahim pernah cuba dirogol berkali-kali oleh Raja dan lelaki yang zalim ketika itu, tetapi terlepas dengan doa yang dibacakan.

Doanya adalah seperti berikut, ajarilah anak-anak membaca doa ini:



اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني
آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ
وَأَحْصَنْتُ فرجي
إِلاَّ على زوجي
 فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )






Dan bagi para ibu-ibu dan bapa-bapa, amalkan membaca doa ini:

“Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”. 

Dan adalah lebih baik kita mengamalkan doa ini, setiap kali sebelum melangkah keluar rumah:


بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ
في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM
Ertinya :“Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui”


Mudah-mudahan anak-anak, adik-adik, kakak-kakak, ibu-ibu dan seluruh ahli keluarga dijauhi dari menjadi mangsa perkosaan.

Aminnn~

Sunday, November 29, 2009

mencari cinta sempurna..akan datang..





Daftar Sekarang! Tempat Terhad!

Tempat yang 'available' untuk program ini amat-amat terhad. Siapa cepat dia dapat. Jadi, apa tunggu lagi. Daftarlah sekarang!

Pendaftaran hendaklah dilakukan secara online dengan mengisi borang yang disediakan setelah anda membuat pembayaran.

Pembayaran hendaklah dibuat kepada akaun Maybank :

Nama : Muhammad Ruzaini Ibrahim
Nombor Akaun Al-Wadi'ah : 162 384 809 453
E-mail : admin[at]iluvislam[dot]com

Pembayaran boleh dilakukan samada melalui maybank2u.com, mesin deposit Maybank atau kaunter cawangan Maybank berhampiran. Anda dikehendaki menyimpan bukti pembayaran dan mengingati tarikh serta masa pembayaran dibuat.

Setelah pembayaran dibuat, anda dikehendaki mengisi borang pendaftaran di bawah:










Blog Widget by LinkWithin

.:: mA f0lLowErS ::.